Ahad, 28 Mac 2010

Minggu pancit!!!

Selepas cuti sekolah 1 minggu..Penghuni-penghuni S.K,Ng Kain kembali ke sarang tercinta mereka.(Hehe patutkah guna "sarang").Minggu nie memang minggu yang memenatkan,banyak kerja yang perlu disiapkan.Terutamanya RPH(rancangan Pelajaran harian),worksheet untuk budak-budak,mark homework yang diberi sebelum cuti.Adui pening kepala aku.

Hari Isnin sekolah bermula, muka-muka budak nampak xbermaya ja..masih dalam mood cuti, cikgu pun tidak bermaya gak(hehe tetapi terpaksa control..pura-pura tunjuk muka bersemangat). Ok pagi nie..kul 8.30 sampai kul 9.30 am,aku mengajar matematik tahun 2. masuk kelas jer aku menunjukkan muka "ketat" aku,bagi budak takut skit. Selamat pagi cikgu!!,Selamat pagi,duduk.jawab ku. Ok macamana kerja rumah, dah siap!!tanya ku dengan lantang.Dah siap!!!jawab murid2ku.Ok bagus..kalu xsiap memang kena rotan lerr,,ngn aku..hehe(nasibla dorang dapat cikgu matematik yang kijam nih)hikhik.1000-1100 am matematik tahun 4(seisi mengutip kerja umah--situasi sama dengan kelas tahun 2--saper xsiap kena rotan).

Hari selasa tengah syok ajar budak (Kemahiran Hidup Tahun 4) tiba-tiba cikgu Semang datang bagi Jadual kelas ganti.(adui ader kelas gantian petang rabu + khamis),ganti sempena Hari Good Friday dan easter day..Aku pergi library,tengok buku bersepah plak..isk budak-budak2 nie orang dah cakap habis baca buku letak kat dalam tray yang disediakan tapi..gatai nak pergi gak susun dekat rak buku,kalu susun elok xpala..tp susun mcm hidup segan mati tak mau.ee...selaku guru library terpaksala aku memastikan keadaan library dlm keadaan yang elok.Mlm ni ada meeting plak..adui..pancit-pancit

Hari Rabu Kelas aku kul 7.00am until 12 am,non stop.Bis kul 12, balik umah terus tidur.Kul 2.30 bangun,solat berkejar ke kelas plak sampai kul 4.30. Dahla petang ni kelas gantian dekat darjah 1,adui aku dah pening nak ajar apa dorang nie.last2 aku suh dorang buat lukisan nombor,aku nak ajar dorang pun tengok muka masing-masing dah mandom jer..kalu ajar pun mesti xmasuk apa nie.Bis kelas aku balik umah.Malam 2 tido awal.sok kelas kul 7 plak.

Hari Khamis,mcm biasa kelas aku kul 8am-11am,petang kelas gantian 2.30-4.30.Petang nie aku ngajar  dak darjah 2 dan 4 (matematik). Untuk darjah dua seperti darjah 1 semalam aku suh dorang melukis,lukisan menggunakan crayon,dorang mmg excited buat nie..terutamanya windy ayom dalam masa setengah jam dia bleh siapkan 2 lukisan.cantik dia cat. N then loceng berbunyi..dah kul 3.30,masa untuk darjah 4,aku masuk suh dorang siapkan kerja yang aku bagi pagi tadi,aku balik umah jap minum air.Mesti korang suma pelik naperla aku sempat balik umah sambil2 mengajar,well umah aku dekat jer dengan kelas,jalan xsampai 10 kaki dah sampai umah.Hehe..jd dari beranda umah aku,aku dapat tgk budak buat apa kat kelas..hehe best umah dekat kelas,jimat tenaga,jimat masa. tapi yang xbest selalu bunyi budak buat bising tengah2ari,xyok nak tido.

ok hari Jumaat kelas bis kul 11.30. Bis kelas terus balik pack barang turun pasar.APAI(Pak Guard) dah duk panggil2 kat bawah umah,suh cepat takut ditinggal dengan bot ekspress. Bilik bersepah-sepah x sempat nak kemas.Adui minngu nie mmg xsempat nak rest pun.Bekejar kesitu sini dan sekarang aku ada dekat pasar(Pekan Kapit) stay otel sambil mengedit blog. hehe..Sekian terima kasih.

Khamis, 18 Mac 2010

Keputusan pertandingan kelas (FEBRUARI)

Keputusan kelas terbersih dan tercantik telah diumumkan oleh Cikgu Jesion.Hehe kelas aku naik 1 tangga saja. Dari nombor incik (tempat last) naik ketempat ke-tiga.Aduh berbaloi gak aku buat ABM(alat bantu mengajar)banyak-banyak kat kelas. Tapi aku xmampu lagi nak challenge kelas tahun 2 dan tahun 3. Betui2 kaw diorang punya kelas.Korang tengokla sendiri kelas dorang macamana. Tempat Kedua kelas tahun 2 dan juara bertahan tahun 3.
kelas Tahun 3
korang tengok sendirila macamana Cikgu Ridzuan menghias kelasnya. Fuh macam bilik pengantin. Manakala menurut Cikgu Tauhid kelas ni macam Pelamin orang nak kawin.Menurut Cikgu Zairy plak..kelas nie macam rumah urut (ceh kurang asam Zairy).Bermacam-macam pandanganla yang telah dibuat oleh orang-orang yang melihat kelas nie.So apa pandangan anda semua mengenai kelas nie. Aku yang pompuan nie pun xpernah terpikir nak hias kelas sampai macam nie..isk isk malu..kalah dengan cikgu laki.



ok ini kelas Tahun 2 Tempat ke-2. nie kelas cikgu Norhaniza..cantik dia hias..
Kelas Tahun 2

Bertemakan warna unggu. Fuh memang cantik. Macam dekat taman bunga jer. Tapi yang menaik seri kelas nie, bunga-bunga kat atas papan hitam 2..Cantikkan..korang nampakx..naper meja 2 disusun xsama. gara-gara aku la 2..cikgu kelas dah susun elok2 3 meja 1 baris..tapi disebabkan aku hangin ngan Macolin,Joshua n Micheal..aku suruh dorang bawa meja dorang kedepan..duduk depan. Tempat dorang kat belakang,tapi disebabkan ms aku mengajar dorang duk main kat belakang aku suh la tue gak datang bawa meja ke depan.Aku mengajar dorang Math.



Kelas Tahun 1 (Cikgu Norsham)..hehe kelas aku.
Tahun 1

korang sendiri tengokla kelas yang dapat tempat ke-3 ni.Masih di takuk lama..xberubah-ubah dari bulan Januari hari itu lagi. Maklumla guru kelasnya busy sangat-sangat(hikhik..alasan semata-mata, orang lain pun busy tapi cantik gak kelas dorang). Tengok penyapu ada lagi kat meja.Lepas result kelas terbersih diumumkan aku terus pergi ke kelas. Mak oih sampah berterabur lagi..pa lagi sambil bercekak pinggang ala-ala ibu mertuaku dalam citer P-Ramlee."Saper bertugas hari nie tanya ku",(ceh aku tanya macam budak nie pandai baca jadual tugas yang aku letak kat notis board 2,hehe,apadaa..punya cikgu..buat budak darjah 1 mcm darjah 6)."ok hari nie Silviana dan Libah,tukang menyapu"..aku bagitau kat dorang.Ok yang lain beratur kat luar kelas.ala-ala ibu tiri memberi arahan..Sebelum ni cikgu dah cakap jangan buang sampah kat meja kamu buat gak n..bla.bla..aku membebel.ntah paham ntah tidak bebudak nie.Ok kamu nak cikgu denda apa kat kamu nie sebab kelas kotor?tanyaku."Cikgu jalan itik"cadang Gomis dengan muka tersengih-sengihnya.Ok hari nie jalan itik.Ok semua beratur..buat 1 barisan.Bebudak nie semuanya excited nak jalan itik sebab dorang tak pernah jalan itik.Korang rasa la macamana jalan itik ni..hikhik kataku dalam hati.Ok jalan sekarang.Macamana,bestx jalan itik..tak best cikgu..sakit kaki..jawab Dominic.Hah tau padan muka kamu nak sangat jalan itik.Ok cikgu nak kamu berjanji,lepas ni jangan buang sampah merata lagi..PAHAM??!!PAHAM!!Cikgu.BAGUS..Masuk kelas..begitulah alkisahnya..hehe

Sabtu, 13 Mac 2010

nugget ubi kayu

"wei,korang semua nak tau tak?. "hah pa dia?". "tadi auntie Rosalind bagi aku makan cucur ubi kayu, sedap woo"jawab syiha."yeke sedap?" tanya aku (isk rugi aku tak naik ofis hari ni,kalu tak, dapat gak merasa cucur ubi kayu,tak pernah makan 2..kataku dalam hati, teringinnya nak makan). "macamana resepinya" tanyaku. "auntie cakap parut jer ubi,pah2 gaul dengan gula n then goreng, memang sedapla".telan air liur aku dengar..

Beberapa hari kemudian...aku baru balik dari kerja zon, masuk dalam rumah..kawan-kawan serumah tgh riuh rendah.aku tanya pehal?korang suma nak g mana nie..jom sham kita g wat mission korek ubi kayu kat belakang umah"ajak Syiha ngn Niza.hah wat per?..aku nak wat cucur ubi kayu mcm auntie..dah teringin sangat ni,jawab Syiha. Ok jom!!!aku pun tingin nk merasa gak.Jadi aku,syiha n niza g belakang umah..tapi yang tukang korek syiha ngn niza jer..aku tolong tengok jer..kua..kua..kua..hehe. sambil-sambil tgh mencuba mengorek ubi..tiba-tiba Zairy,jiran sebelah lalu..korang nak wat pa..korek ubi?kitaorang nak buat kuih..kalu xcukup ubi 2 g korek ubi kat belakang rumah aku la,offer Zairy.Isk susah sangat nak korek ubi nie..mehla kita g korek ubi Zairy..hehe..jadi kami berjaya mengorek 3 perdu ubi..

Korek ubi dah..sekarang time nak kupas plak..lepas kupas kulit..nak kena parut plak..kitaorang bergilir-gilir memarut...tp mcm biasala aku..parut sket dah surrender..last-last niza gak yang parut bis..hehe..n then seterusnya proses pengadunan ubi kayu dengan gula..task nie Syiha yang buat..n then mengoreng...oops proses mengoreng terpaksa ditunda..Ida tengah masak kurma telur..dapur ada 1 jer..hehe...uiks sedapnya bau masak kurma..mcm bau kari kat kedai mamak ja..perut aku dah berbunyi nie..lapor...

ok..kurma dah masak..nyum2 sedapnya.aku amik pinggan,cedok nasi,letak lauk..terus makan sambil tengok cite na o mei..dah lupa cucur ubi kayu...hehe. Syiha pun meneruskan proses terakhir cucur ubi kayu iaitu proses pengorengan...hmmm..sedapnya bau..mcm kerepek ubi..beberapa minit kemudian..ok dah masak cucur ubi kayu..pa lagi aku ngn syiha terus amik makan..hmmm..sedapnya..kat luar crusty kat dalam lembut..nasi dalam pinggan tak habis lagi..isk gelojoh betui..

wei bagi kat Zairy sket..tadi dah kidnap dia punya ubi...ok..Zairy!Zairy!nie ada kuih sket..cakap syiha..apa ni?tanya Zairy.nugget ka..kitaorang jawab yup nugget..haha.. ketawa terbahak-bahak.kalu nugget ayam memang kitaorang tak bagi dah..baik kitaorang ja makan,tengah krisis makanan nih,dahla minggu nie umah kitaorang kehabisan stok makanan..2 yang g korek ubi kayu orang wat cucur..sbb dah naik muak telan air milo ngan biskut ja(memang cucur 2 nampak mcm nugget..korang tengokla sendiri ader picture disediakan.




  tapi memang sedap sungguh nugget ubi kayu nie..crispy kat luar lembut kat dalam memang mcm nugget..tapi perasa ubi kayu. jadi sesaper yang ada ubi kayu kat umah tapi tak tau nak buat apa..tryla resepi ni..

cucur ubi kayu
ubi kayu
gula
garam

kaedah
1. Parut ubi kayu..gunakan pemarut.
2.Gaulkan parutan ubi kayu dengan gula..pah2 letak sejemput garam..gula banyak sket..
3.goreng macam goreng cucur..
4. siap untuk di makan.