Selasa, 15 Jun 2010

ARGGGHHH..Cuti Sek Dah Nak Bis daa..Bosan!!

Bila cuti sekolah dah sampai stesen last..

  • Perasaan "mandom"(kemurungan) akan berlaku.
  • Aku bertekad hujung tahun nie macamana pun nak mintak tukar balik semenanjung.
  • Mak aku sibuk cari bekalan (keropok,gula melaka n etc) untuk aku bawa ke sarawak.
  • Aku plak sibuk duk cari barang2 yang bleh diniagakan kat sana (kain batik,kain pasang,tudung n mcm2 la)
  • Basuh baju yang bertimbun2 kat dalam bakul 2..
  • Pergi shopping cari apa2 mende yang xada dekat sana..
  • Sedeynyer..xpuas lagi nak duk bersenang lenang dekat rumah ni.."RUMAHKU SYURGAKU".

Khamis, 3 Jun 2010

Ghost whisper (kisah bila larut malam) part 2

setelah berbulan2 kisah Ghost Whisper aku ni terperap,barangkali kalu kisah nie adalah diibaratkan sebiji kek coklat,gamaknya bukan setakat dah berkulat tp dah reput jd debu da..hehe.

ok kita sambung cerita hantu ini ye..pada entry part 1 telah diceritakan bagaimana aku n geng2 serumah telah mengalami pelbagai kisah seram..selama 1 tahun setengah kami berkhidmat di kawasan hulu ini. Dalam kisah yg lepas Syiha telah nampak seorang lembaga perempuan dekat beranda rumah jiran kami. Ok kisah yang terbaru yang berlaku pada bulan mac 2010, kisah ini berlaku dalam jam 9.30 malam.Masa 2 kami berempat tengah masyuk menonton akademik fantasia..aku ingat lagi malam 2 adalah malam debaran akademik fantasia..last2 kami plak yang didebarkan..seperti biasa kami berempat sambil menonton para peserta akademik..mesti mulut masing2 xlepas daripada memberi kritikan2 ala2 adlin..masing2 duk pot pet dan bergelak ketawa..n then seperti biasa ghost whisperer kat umah kami Syiha tiba2 terdiam n then dia pandang muka aku dan Ida memberi tanda isyarat ada something sedang mengintai kitaorang dekat tingkap dapur(kebetulan tingkap nako kami, cermin dia pecah akibat banjir jadi duk terlopong g2la)aku seperti biasa yg paling penakut terus xbrani pandang dekat tingkap dapur 2..mata terus terpaku tengok tv..masing2 kaku belaka.

Setelah 5 minit kami semua terkaku..akhirnya aku dengan Ida nekad untuk pergi panggil Apai (pak guard) kat bawah rumah kami. malam nie gak kami nak Apai tutup tingkap pecah 2..Mujula Apai ada..Apai gelak jer dengar citer kami..lepas 2 mlm2 buta Apai terpaksa mengerah kudrat tuanya menutup lubang tingkap kami.(terima kasih yer APAI). Selepas tingkap 2 ditutup..Syiha menceritakan apa yang dia nampak..dia cakap dia nampak satu lembaga mukanya hitam putih,sedang mengintai kitaorang(upanya hantu nie gatai gak), bila syiha pandang dia,dia terus lari..kemudiaan seperti tidak ada apa2 yang berlaku kami meneruskan aktiviti kami iaitu menonton tv..tp debaran akademik fantasia kami terlepas(xtau saper yang kluar)xpala tengok mlam esok plak.

Apapun moral of the story..bila kita berada di kawasan hutan..jagailah tingkah laku kita..kerana ada makhluk lain yang tidak dapat dipandang oleh mata kasar hidup disekeliling kita..kadang2 kalu bergelak ketawa 2 berpada-pada takut mereka terganggu.sekian terima kasih..