Sabtu, 30 April 2011

Menuju Ke Puncak

Untuk menuju ke puncak, pelbagai rintangan yang perlu dilalui.Rintangan itu boleh dianggap sebagai pemanis dalam segelas air sirap bandung. Jika tanpa pemanis air bandung itu akan terasa tawar dan tiada kepuasaan meminumnya.Begitu juga dengan kejayaan tanpa rintangan, kesusahan segala-galanya terasa tawar.Apapun yakin dengan diri sendiri dan sentiasa bertawakal kepada tuhan, pasti kejayaan itu menjadi milik kita.

Jumaat, 22 April 2011

trip to Kapit..di sirami hujan..

Pagi terasa panas membahang..bila kul 10 pagi..langit mula mendung..alamak kul 11 pagi hujan turun mencurah2.Adui macamana nak turun pasar nie.Hari nie sure kena duduk atas bumbung bot.Maklumla esok jumaat, cuti ramaila cikgu2 hulu kuar.Harap2 kul 12 hujan benti.Aku abis kelas kul 12. nnt nak terus cau pergi tunggu bot kat nanga.Tapi apapun sepanjang 1 jam setengah duk atas bumbung bot sambil disirami hujan lebat.lencun basah +sejuk tahap sampai ke tulang.Perhatian..bila anda di hulu pastikan

1) anda membeli beg,yg kalis air untuk mengelakkan segala gadget daripada lencun. Ataupun belila "kantung
    bahai" seperti yang di tunjukkan di dalam gambar di bawah.


 Masing2 mengisi beg ke dalam kantong bahai..memang kali air.Boleh di dapati di
                     merata2 tempat diseluruh malaysia, Ada pelbagai corak dan warna + saiz.

b) membawa payung yang kukuh untuk mengelak daripada panas atau hujan.Sebab setiap masa akan duduk di atas bumbung bot. Ataupun ketika hari panas boleh menggunakan cap.Tapi kalu hari panas, mak aihh..punggung rasa mau terbakar ja duk atas bumbung..

                                          Sediakan payung sebelum hujan.Cewah hehe..

3) Pastikan memakai kasut atau selipar yang tidak mudah tergelincir.Almaklumla nnt nak panjat batu bata
     lagi, nak masuk dalam lumpur lagi.Jadi kasut tumit tinggi di larang sama sekali.Hanya memakai selipar
      jepun pun jadila.

                                         contohnya selipar macam nie.nie view dari ats bumbung bot tau..
                                        .jadi high heel. mmg dan sama sekali di larang pakai.

4) membawa duit yang cukup untuk membayar tambang bot.Walaupun anda duduk di atas bumbung bot, harga sama macam duk dalam bot beraircond.Kalu dari nanga kain ke Kapit tambang RM10 (1 jam setengah) kadang2 RM15, harga tidak tetap bergantung kepada bot.Jadi apapun bila masuk hulu bawa duit byk2..sebab kat dalam 2 bukan ada mesin atm.apa pun xdak.hehe.kalu gamak xdak duit hutang ja ngn kawan2..hehe.

ok itu adalah tips untuk tinggal di hulu.nnt akan di tambah lagi.hehe.

c me..lengkap dengan payung, beg bahai warna merah, beg galas belakang, selipar bata (xnampak,hehe) dan beberapa keping not merah dalam purse..bersedia untuk keluar ke pasar..yeeeha.sudah 2 minggu xkuar...

Khamis, 21 April 2011

Bilaku masuk darjah 1..owh baunnya tidak ku tertahan

Apabila anda adalah guru yg mengajar tahun 1.BERSEDIA!!lah menghadapi lumrah murid-murid tahun 1 iaitu masalah B.E.R.A.K dan K.E.N.C.I.N.G dalam seluar di dalam kelas..oooh..tidak..sama sekali aku tidak suka..Setiap kali masuk kelas tahun 1, setiap kali 2 la aku terpaksa menghidu bau yang kurang enak.Sampai kadang2 xtahan sangat, aku terpaksa mengajak budak2 kuar dari kelas dan pergi belajar dekat padang.Almaklumla kalu bau 'tahi' + 'hancing' (sori yer terkasar bahasa) manala aku tahan.Kadang2 nak naik hangin pun ada. Tapi sabar jela..nak wat macamana dorang budak lagi..

Sudah 2 tahun aku mengajar darjah 1. Setiap tahun pasti ada kes budak berak + kencing dalam seluar.Jadi apa yg boleh aku cakap kes berak +kencing dalam seluar adalah perkara biasa yang perlu dilalui oleh guru-guru yang mengajar dan akan mengajar dak darjah 1.

Pernah aku bawa dorang pergi library, bila nak masuk library kena bukak stokin ngn kasut (peraturan library).Masa duk dalam tiba2 Danella "cikgu mau kencing"."yup pergila ke tandas" aku cakap.Dia pun pergila..tiba2 dari dalam library aku terdengar suara Danella menjerit "cikgu!!sudah keluar"!! aku kehairan.."apehal plak budak nie?",aku pun jenguk luar library "aduh!!" rupanya dah terkencing dalam seluar, dia tertahan terkencing masa duk pakai stokin.Jenuh plak aku nak membasuh kencing dia kat depan library.huhu..nasib2..nasib.hehe

Semalam aku masuk kelas tahun 1.Waktu aku lepas rehat, kul 10.Aku dengan bersemangatnya masuk kelas tahun 1 nak mengajar matematik, langkah ja kaki masuk kelas, aku terbau bau tahi..aduh saper plak berak nie."siapa yang berak nie?" aku menjerit."cikgu, ericson berak cikgu" adu Senai."Ericson, kamu berak dalam seluar ka?" tanya aku. "Tidak..cikgu"jawab ericson.Tapi mmg sah dia yang berak, sbb mmg hari2 dia berak dalam suar.Kecian kat budak nie, rasanya dia ada masalah pemakanan kut. sbb setiap hari dia tercirit dalam seluar.Budaknya pandai..topten dalam kelas 2..

Ada seorang lagi dalam kelas, yang nie budak laki gak..suka kencing dalam kelas.Nama dia Kujat.Adui mmg hari2 bau hancing kat dia.Bau punyala kuat..adui mmg pening kepala.Asal aku masuk kelas mesti aku suh si Ericson dan Kujat balik asrama, suruh dorang mandi dan tukar baju baru.Bagi hilang bau 2 skit..
ok apapun kepada semua guru-guru tahun 1 di seluruh malaysia..u all the best, sbb bukan senang nak ajar darjah 1 nie...


                                               Inilah murid-murid darjah 1 aku..