Khamis, 21 April 2011

Bilaku masuk darjah 1..owh baunnya tidak ku tertahan

Apabila anda adalah guru yg mengajar tahun 1.BERSEDIA!!lah menghadapi lumrah murid-murid tahun 1 iaitu masalah B.E.R.A.K dan K.E.N.C.I.N.G dalam seluar di dalam kelas..oooh..tidak..sama sekali aku tidak suka..Setiap kali masuk kelas tahun 1, setiap kali 2 la aku terpaksa menghidu bau yang kurang enak.Sampai kadang2 xtahan sangat, aku terpaksa mengajak budak2 kuar dari kelas dan pergi belajar dekat padang.Almaklumla kalu bau 'tahi' + 'hancing' (sori yer terkasar bahasa) manala aku tahan.Kadang2 nak naik hangin pun ada. Tapi sabar jela..nak wat macamana dorang budak lagi..

Sudah 2 tahun aku mengajar darjah 1. Setiap tahun pasti ada kes budak berak + kencing dalam seluar.Jadi apa yg boleh aku cakap kes berak +kencing dalam seluar adalah perkara biasa yang perlu dilalui oleh guru-guru yang mengajar dan akan mengajar dak darjah 1.

Pernah aku bawa dorang pergi library, bila nak masuk library kena bukak stokin ngn kasut (peraturan library).Masa duk dalam tiba2 Danella "cikgu mau kencing"."yup pergila ke tandas" aku cakap.Dia pun pergila..tiba2 dari dalam library aku terdengar suara Danella menjerit "cikgu!!sudah keluar"!! aku kehairan.."apehal plak budak nie?",aku pun jenguk luar library "aduh!!" rupanya dah terkencing dalam seluar, dia tertahan terkencing masa duk pakai stokin.Jenuh plak aku nak membasuh kencing dia kat depan library.huhu..nasib2..nasib.hehe

Semalam aku masuk kelas tahun 1.Waktu aku lepas rehat, kul 10.Aku dengan bersemangatnya masuk kelas tahun 1 nak mengajar matematik, langkah ja kaki masuk kelas, aku terbau bau tahi..aduh saper plak berak nie."siapa yang berak nie?" aku menjerit."cikgu, ericson berak cikgu" adu Senai."Ericson, kamu berak dalam seluar ka?" tanya aku. "Tidak..cikgu"jawab ericson.Tapi mmg sah dia yang berak, sbb mmg hari2 dia berak dalam suar.Kecian kat budak nie, rasanya dia ada masalah pemakanan kut. sbb setiap hari dia tercirit dalam seluar.Budaknya pandai..topten dalam kelas 2..

Ada seorang lagi dalam kelas, yang nie budak laki gak..suka kencing dalam kelas.Nama dia Kujat.Adui mmg hari2 bau hancing kat dia.Bau punyala kuat..adui mmg pening kepala.Asal aku masuk kelas mesti aku suh si Ericson dan Kujat balik asrama, suruh dorang mandi dan tukar baju baru.Bagi hilang bau 2 skit..
ok apapun kepada semua guru-guru tahun 1 di seluruh malaysia..u all the best, sbb bukan senang nak ajar darjah 1 nie...


                                               Inilah murid-murid darjah 1 aku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan