Jumaat, 30 September 2011

Sekolah Dato Maharaja lela.

Yup itu adalah nama sekolah baru ku. Sekolah ini terletak di Jeram Kuala Selangor. Besar sekolah nie. Masa mula-mula datang Mak aih ternganga mulutku..melihat bangunan-bangunannya yang tinggi dan berblok-blok. yela kalu nak dibandingkan dengan sekolah lamaku yang hanya ada 1 bangunan kayu yang buruk sahaja.

Masuk bab murid plak. Fuyyyooo muridnya ada lebih kurang 1700 orang..mak aih bila aku tengok tahun 1 ada 8 kelas, 1 kelas ada 40 orang murid. Bayangkan ramaix bebudaknya.Dulu aku biasa 1 kelas 15 orang ja. Dulu 100 orang sekarang 1700,anda rasailah perbezaannya.Memang ketara kan?huhu..

Untuk minggu pertama nie. Aku dikenali sebagai Cikgu baru yang datang dari Sarawak. Wah glamer jap I..hehe.Perasan dari Sarawak, padahal dr Kelantan ja..hahaha..Jadi Pada minggu pertama ni aku hanya sit in kelas yang cikgu-cikgu xada sahaja.

Ini baru 1 blok kat belakang sana ada berblok2 lagi kurus I lepas nie terpaksa menapak jauh-jauh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan